MIRI: Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong di sini pada pukul 3.30 petang Ahad.
Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa Junatin Empaga, 47, sedang menolak pintu pagar besi setinggi 183 cm (enam kaki) dan sepanjang 762cm (25 kaki) untuk menutupnya.
“Tiba-tiba salah satu roda pagar terlepas (dari landasan) menyebabkan pagar tumbang dan terus menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Ahad malam.
Stanley berkata, ambulan dari Hospital Miri telah dipanggil untuk memberi rawatan segera namun mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Beliau berkata, kejadian tersebut dilaporkan oleh suami mangsa, juga pengawal keselamatan di tempat yang sama dengan menghubungi polis.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat,” katanya.
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah https://t.co/4cNTx2sPV9 https://t.co/QUDzkrIoLB
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah https://t.co/1FissiAeK1
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah https://t.co/fWel1qoQu4
Fara Da Nia liked this on Facebook.
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah https://t.co/xZmcA3Ika7
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah: MIRI: Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pin… https://t.co/wJehbmOSj1
Lo qadok dan qadar bila di mane janji allah pasti
Azmi Haron liked this on Facebook.
Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pagar Sekolah: MIRI: Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pin… https://t.co/E7zkfF1HMC
Dolhan Elias Real liked this on Facebook.
Rosli Li liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.