PENJAWAT AWAM DINASIHAT TIDAK JADI EJEN SEBAR MAKLUMAT PALSU - pakdin.my

ali hamsaKUALA LUMPUR, 8 Mac – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam supaya tidak menjadi ejen penyebar maklumat palsu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Beliau berkata semua penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan harus memberi sokongan penuh terhadap setiap usaha anggota pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan serta keselamatan negara.

“Sebagai penjawat awam, jangan sesekali kita menjadi ejen penyebar maklumat palsu. Perkara seperti itu perlu dielak.

“Jika menerima sebarang berita atau maklumat palsu melalui Internet, saya rasa padam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Remaja Berwawasan di Kem Wirajaya Forest Resort dekat sini hari ini.

Ali berkata setiap rakyat Malaysia, khususnya penjawat awam, perlu sentiasa bersyukur atas nikmat keharmonian yang dicapai dan menghargai dedikasi anggota pasukan keselamatan negara.

UTAMABERITASABAHPENJAWAT AWAM DINASIHAT TIDAK JADI EJEN SEBAR MAKLUMAT PALSU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium