25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Langgar Besi Penghadang

kemalangan-superbike-kuantan

KUANTAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi Sabtu

Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan.

“Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.