Perak Mungkin Deklasifikasi Beberapa Dokumen Berhubung Projek Pelaburan Bijih Besi - pakdin.my

SERI ISKANDAR  — Kerajaan Perak sedang mempertimbang untuk deklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.

Menyatakan demikian Rabu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk deklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri.

“Saya cabar Nizar beritahu perkara sebenar. Saya mahu lihat jika dia cukup bertanggungjawab untuk beritahu rakyat bahawa dia juga terlibat dalam projek ini,” kata Zambry kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di sini.

Pembangkang ketika menentang projek pelaburan bijih besi oleh syarikat Vale SA itu, mendakwa Zambry telah menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat Brazil berkenaan.

UTAMABERITAPerak Mungkin Deklasifikasi Beberapa Dokumen Berhubung Projek Pelaburan Bijih Besi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium