Perangi Fitnah, Berita Palsu Habis-Habisan – Najib - pakdin.my

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat bersama-sama memerangi penyebaran maklumat palsu yang menjadi ancaman baharu kepada kesejahteraan negara pada masa ini.

Perdana Menteri berkata, serangan minda dan perasaan menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah lebih berbahaya dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sendiri termasuk menjatuhkan kerajaan dipilih secara demokrasi.

“Dakyah, fitnah dan maklumat palsu menerusi media sosial serta pemimpin tertentu dengan tujuan politik untuk menjatuhkan kerajaan merupakan ancaman bahaya dan sebab itu kita akan memeranginya habis-habisan.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita beri macam-macam kepada rakyat tetapi akibat berita palsu, perkara yang baik pun menjadi tidak baik atau kontroversi.

“Contohnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ada bekas pemimpin kata dedak, lepas itu kata rasuah dan kata kalau menang pilihan raya akan teruskan. Selepas itu dia pusing balik kata rasuah, dalam masa tiga bulan bertukar-tukar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada Datin Norhaida Abd. Rahim (duduk, empat dari kiri) balu kepada Presiden Kelab Anak Wawasan Pekan (KAWAN), Allahyarham Datuk Rosdi Alizah ketika mengunjungi keluarga tersebut di Taman Jambu Jaya di sini hari ini. Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penaung kelab tersebut.

UTAMAPOLITIKPerangi Fitnah, Berita Palsu Habis-Habisan - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium