31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Perbicaraan Najib Pinda Laporan 1MDB: Pendakwa pula 3 kali pinda kertas pertuduhan

1) Mula-mula, saya didakwa dalam mahkamah bahawa:

“saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang SEDANG disediakan SEBELUM ianya dimuktamadkan dipinda.”

2) Selepas peguam bela saya membuat persiapan untuk melawan kes ini, pendakwa raya tiba-tiba meminda tuduhan pada hari pertama perbicaraan bermula menjadi:

“saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang TELAH disediakan SEBELUM ianya dimuktamadkan, dipinda.”

3) Selepas berbulan-bulan perbicaraan kes berjalan dan kebanyakan saksi pendakwa raya telah memberi penerangan dalam mahkamah, pihak pendakwa raya tiba-tiba mohon mahkamah meminda tuduhan sekali lagi petang tadi untuk menjadi:

“saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang TELAH disediakan SELEPAS ianya dimuktamadkan, dipinda.”


Alasan yang diberi pendakwa raya petang tadi kenapa ia perlu dipinda ialah mereka telah membuat kesilapan “typo” dalam kertas tuduhan rasmi kerana tersilap tulis SEBELUM.

Sebab itu, mereka mahu pinda charge menjadi “SELEPAS”.

Hakim akan membuat keputusan jika mahu menerima permohonan pendakwa raya untuk meminda charge pada pagi esok.

Facebook Najib Razak

……………

Pinda Laporan 1MDB: Pendakwa mahu ubah pertuduhan kali ketiga

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menganggap permohonan untuk meminda kertas pertuduhan bagi perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) buat kali ketiga bukan sekadar kesilapan menaip tetapi menyentuh isu yang lebih serius.

Ketika prosiding kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Muhammad Shafee berkata, penukaran beberapa perkataan dalam perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan mengubah satu perkara yang sangat besar.

Beliau yang mewakili Najib berkata demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon untuk meminda pertuduhan asal di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Muhammad Shafee berkata, pada sesi prosiding kes semalam, pihak pendakwaan hanya memaklumkan mahu menukar perkataan ‘sebelum kepada selepas’.

“Bagaimanapun pagi ini, selepas kami menerima makluman pertukaran pertuduhan baharu, rupanya lebih banyak perkataan dibuang dan ditambah.

“Kami mohon mahkamah dapat beri lebih masa untuk kami kemukakan hujahan bagi membantah permohonan tersebut,” katanya.

Ini kerana Muhammad Shafee berkata, ia akan memberi persediaan kepada pasukan pembelaan selain ruang masa untuk memaklumkan perkara itu dengan lebih terperinci kepada anak guamnya.

Sri Ram tidak membantah permohonan berkenaan kerana bagi pihak pendakwaan katanya, penukaran pertuduhan hanya melibatkan beberapa perkataan dan tidak mengubah pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mohamed Zaini menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh hujahan bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan asal.

Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.


Beliau didakwa dalam kapasitinya sebagai perdana menteri ketika itu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentingan.

Ahli Parlimen Pekan tersebut dituduh melakukan kesalahan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Tuduhan itu adalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan dengan 1MDB, di tempat dan masa yang sama dan mengikut Seksyen 28 (1) (c ) Akta SPRM 2009 dibaca dengan Seksyen 23 (1) & 24 (1) akta yang sama yang memberikan hukuman sama, jika didapati bersalah.

Setakat ini, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Berita Berkaitan

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan...

Najib boleh bagi BR1M RM2,000 tanpa jarah Petronas atau jual aset GLC

Bukan nak membodek orang ini. Orang ni bukan boleh bagi apa-apa jawatan dan kedudukan pun...

Mampukah peruntukan BPR RM6.5b selamatkan ekonomi negara? Tanya Najib

Dalam perbahasan bajet 2021 saya minggu lepas, saya juga menujukan soalan ini: Bayaran Bantuan Prihatin...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...