25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Perhimpunan Agung UMNO Dari 27 Nov-1 Dis 2012, Kata Najib

Perhimpunan Agong UMNO

Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 27 Nov hingga 1 Dis depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 Nov diikuti dengan perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.

“Dari 28 Nov hingga 1 Dis pula akan berlangsung perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 Nov hingga 1 Dis ialah Perhimpunan Agung Umno,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Khamis.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga berkata sehingga 18 Sept, sebanyak 176 bahagian Umno telah bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian pada hujung minggu ini.

Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi juga telah menerima syor daripada Jawatankuasa Pengurusan parti mengenai tatacara penerimaan permohonan keahlian di peringkat bahagian dan cawangan.

Katanya selaras dengan Fasal 5.4 Perlembagaan Umno, mana-mana borang permohonan yang diterima ibu pejabat parti tanpa ditandatangani jawatankuasa cawangan, akan dipulangkan semula kepada jawatankuasa itu dan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat yang dikeluarkan oleh ibu pejabat Umno.

“Bagi mana-mana penjawat jawatan yang didapati salah guna kuasa dengan sengaja tidak menerima keahlian, boleh dikenakan hukuman di bawah perkara 8 tataetika ahli.

“Ini untuk menjamin dasar pintu terbuka Umno dapat dilaksanakan sepenuhnya dan tiada sesiapa boleh disekat daripada menjadi anggota Umno,” katanya.

Ditanya sama ada pemilihan parti akan diadakan pada Perhimpunan Agung kali ini, Najib berkata: “Pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum”.

Bagaimanapun, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.

“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa,” katanya.

Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.

“Saya suka mereka buat spekulasi,” katanya.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan