25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Perlaksanaan Rangkaian LTE Di Malaysia

Pemegang lesen spektrum LTE di Malaysia

Pengenalan:
1981 – 1G kemudian berpindah ke transmisi digital 2G pada tahun 1992. Ini diikuti dengan cepat oleh 3G pada tahun 2002. 1992 – 2G
2002 – 3G (Enhanced Data for GSM(EDGE), 1X/EVDO, UMTS-HSPA+)
2009 – LTE, LTE Advance

Apa itu LTE ?:
Long Term Evolution (4G) adalah lanjutan dari standard GSM/UMTS menggunakan teknik DSP (Digital Signal Processing) bagi meningkatkan kapasiti dan kelajuan jaringan data.

LTE merupakan kependekan dari Long Term Evolution yakni sebuah standard komunikasi tahap tinggi denagan peningkatan kapasiti dan kelajuan menggunakan teknik modul baru berdasarkan jaringan GSM/EDGE dan UMTS/HSDPA.

Format LTE pertamakali dicadangkan oleh operator NTT CoOMo dari Jepun dan telah diadaptasi sebagai standard antarabangsa oleh organisasi 3GPP pada tahun 2012. LTE pertamakali di implementasi oleh TeliaSonera di Stockholm dan Oslo pada 14 Desember 2009 dan diikuti oleh Amerika Serikat dan Jepun pada tahun 2010.

Jaringan LTE yang sebenar hanya di iktiraf oleh 3GPP pada tahun 2012 sebagai evolusi dari beberapa sistem 2G dan 3G, termasuk sistem global untuk komunikasi mobile (GSM) dan Universal Mobile Telecomunications (UMTS) (3GPP serta 3GPP2).

Sebagai teknologi tingkat tinggi, LTE mampu memuatturun dengan kecepatan hingga 300Mbps 1Gb/s (LTE Advance) dan muatnaik 75 Mbps. LTE menyokong pembagian frekuensi duplexing (FDD) dan time division duplex (TDD). Arkitektur rangkaian LTE merupakan arkitektur rangkaian berbasis IP datar yang disebut Evolved Packet Core (EPC), yang dirancang untuk menggantikan Core Network GPRS dan menyokong pertukaran yang transperant untuk suara maupun data dibandingkan dengan teknologi network yang lebih dulu ada seperti GSM, UMTS dan CDNA 2000.


Beberapa kelebihan  LTE:

1)  Tingkat muatturun 299.6 Mbis/s dan tingkat muatnaik sehingga 75.5 Mbis/s tergantung pada katrgori perangkat yang digunakan.
2)  Peningkatan sokongan mobiliti untuk terminal bergerak sehingga 350km/jam atau 500 km/jam bergantung kepada frekuensi
3)  Menyokong semua gelombang frekuensi yang digunakan sekarang oleh sistem IMT dan ITU-R
4)  Frekuensi band yang lebih tinggi (seperti 2.6 GHz di Eropa dan yang akan diperkenalkan di Malaysia) digunakan untuk mendukung kelajuan tinggi mobile broadband.
5)  Dukungan untuk MBSFN (Multicast Broadcast Single Frequency Network). Ini dapat memberikan layanan seperti Mobile TV menggunakan infrastruktur LTE, dan merupakan pesaing untuk layanan DVB-H untuk siaran TV.

Band yang akan diguna di Malaysia:
2600Mhz (main band) + 1800Mhz (supplementary band).
Kebayakan Tab dan Smartphone yang ada sekarang berasaskan band 700Mhz yg digunakan di US. Galaxy Note II tersedia dengan band 2600Mhz.

Kesan kepada pengguna 3G:
Yang ingin melanggan plan 3G beserta smartphone dengan kontrak 1 tahun fikirkan semula sebelum melanggan.

Bila perlaksanaan LTE:
Awal tahun 2013 setelah geran LTE diberi oleh SKMM.

Telco Malaysia yang telah diberikan lesen LTE (4g):
9 Telco telah diberi lesen spektrum LTE 2.6Ghz dan kebanyakannya ‘claim’ mereka sekarang ‘LTE ready’.
1) Maxis (20MHz)
2) Celcom (20MHz)
3) Digi (20MHz)
4) U-mobile (20MHz)
5) P1 (20MHz)
6) YTL (20MHz)
7) Redtone (20MHz)
8) Asiaspace (10MHz)
9) Puncak Semangat (30MHz)

P1 & YTL menggunakan TDD-LTE (2.3Ghz spektrum), Selebihnya FDD-LTE (2.6Ghz spektrum).
Mengikut data teknikal Puncak Semangat bakal menawarkan kelajuan terpantas dengan bandwidth 30Mhz

Perkonsian base station (RAN – radio access network) untuk menjimat kos:
Maxis <> U-mobile
Celcom <> Digi

Perkongsian spektrum:
Celcom (20Mhz) + Puncak Semangat (30Mhz)
Maxis (20Mhz) + Redtone (20Mhz)

LTE Radio Access Network (RAN) dengan Radio bina dalam






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan