24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Peserta berbayar lebih ramai #KitaLawan

Hasilnya, mungkin keseronokan sementara kerana dapat melepaskan sikap berontak dalam diri namun hakikatnya, Anwar tetap dipenjarakan kerana meliwat.

demo-kita-lawan-liwat

Ratusan penyokong pembangkang sudah berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak jam 3 petang dalam perhimpunan yang diwar-warkan sebagai himpunan gergasi untuk mendesak kerajaan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara 5 tahun kerana kes liwat.

Kebanyakan mereka memakai baju ‘T’ hitam yang tertera gerakan #KitaLawan manakala sebahagian lain tertera “Rakyat Hakim Negara’.

Di luar stesen LRT berhampiran Masjid Jamek, ratusan yang berkumpul turut berteriak, “Kita lawan, kita lawan,” sekaligus menarik perhatian orangramai yang beriadah di hari sabtu.

Sebahagian pemanadu turut membunyikan hon tanda sokongan.

Apa yang pasti, himpunan gergasi ini tidak langsung menjadi gergasi lantaran hakikat bahawa kebanyakan peserta himpunan memakai baju sama membuktikan bahawa mereka adalah peserta upahan yang menerima gaji.

Adalah jelas, pembabitan orangramai ialah sekadar untuk menyaksikan aksi-aksi peserta himpunan yang mempertontonkan hiburan tanpa perlu mengeluarkan wang.

Mereka kemudian bergerak dari beberapa lokasi untuk berkumpul di hadapan Sogo.

Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di atas trak kemudian menyampaikan ucapan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.

Tidak sampai 3 ribu mereka kemudiannya bergerak pula menuju ke bangunan KLCC melalui Jalan Sultan Ismail dan menimbulkan sedikit kekecohan lalulintas ditambah pula dengan keadaan hujan renyai-renyai.

Sambil berulang kali melaungkan ‘rakyat bangkit, tolak BN, jatuh Rosmah, bebas Anwar,’ mereka berarak ke KLCC.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua, Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memberikan ucapan ringkas memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, UMNO, sistem kehakiman dan mahkamah yang diperalatkan UMNO.

Tidak ketinggalan, penghargaan kepada rakyat yang tidak lebih 5 ribu orang yang menyertai perhimpunan gergasi terbabit, itu pun termasuk pelancong dan orangramai yang berada di KLCC bukan kerana Anwar tetapi kerana cuti hujung minggu.

Peserta perhimpunan beredar mulai jam 6 petang selepas pengumumannya dibuat dengan bayangan bahawa akan menyusul lagi perhimpunan pada masa akan datang.
Yang pasti, empat jam masa terbuang, basah dimandi hujan dan penat berjalan malah, entah solat atau pun tidak.

Hasilnya, mungkin keseronokan sementara kerana dapat melepaskan sikap berontak dalam diri namun hakikatnya, Anwar tetap dipenjarakan kerana meliwat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.