27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Petunjuk Baharu Mengenai Lokasi Pesawat, Bawa Harapan Baharu Kepada Keluarga #MH370

MH370-keluarga-mangsa

Setelah lapan hari dalam keadaan berteka teki mengenai nasib penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, hari ini anggota keluarga mampu menghela nafas lega dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung petunjuk-petunjuk terbaru lokasi pesawat berkenaan.

Bapa kepada Khairul Amri, 29 Selamat Omar, 60, berkata beliau serta seisi keluarga menganggap pengumuman itu memberikannya harapan cerah mengenai nasib anak ketiga dari empat beradik itu untuk pulang ke pangkuan keluarga.

“Saya berharap operasi ini akan diteruskan dan seterusnya berjaya mengesan pesawat itu kerana saya tahu operasi ini bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan banyak negara.

“Sekarang kita telah mengetahui maklumat yang sahih mengenai pesawat tersebut dan berharap supaya penumpang juga selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sidang media khas oleh Perdana Menteri bersama beberapa anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di lobi Hotel Everly di sini hari ini.

Selamat juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerajaan serta kepada negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang sejak Sabtu lepas.

Sementara itu, Muhammad Fikri Zamani, 11, adik bongsu kepada seorang daripada penumpang Penerbangan MH370 itu, Muhammad Razahan, 23, turut meluahkan perasaan yang sama selain begitu merindui abang sulungnya itu yang sering membawanya berjalan-jalan menaiki motorsikal.

“Saya harap abang akan segera ditemui, selain menaiki motosikal kami juga sering menonton wayang bersama dan berharap filem ‘Sejoli’ yang kami tonton baru-baru ini bukan filem terakhir yang kami lihat bersama,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...