28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Pindaan AUKU: Pelajar Berpolitik, Pegang Jawatan Fenomena Biasa

JOHOR BAHRU: Fenomena pelajar universiti terbabit dalam politik serta memegang jawatan dalam persatuan dan pertubuhan di dalam dan di luar kampus akan menjadi perkara biasa berikutan kelulusan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembabitan pelajar adalah sebahagian daripada transformasi politik negara menuju ke arah kematangan rakyat.

“Oleh kerana akan menjadi kebiasaan, maka kita tidak perlu terlalu memberi fokus. Di Malaysia, kita telah terima hakikat bahawa kematangan rakyat sudah meningkat dan tahap penghayatan terhadap demokrasi juga sudah meluas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Wanita Dalam Keusahawanan Sosial’ (WISE) dan seminar Keusahawanan Komuniti di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sebilangan pelajar menyertai perhimpunan menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengenai program WISE berkenaan, Mohamed Khaled, yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang berkata, ia bertujuan memastikan pelajar dan tenaga pengajar dapat menyumbang idea dan tenaga bagi pembangunan masyarakat.

Beliau berkata, pelajar yang terpilih untuk menyertai program berkenaan akan menggunakan sepenuhnya peluang mempelajari selok-belok perniagaan daripada keluarga angkat sekali gus mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Katanya, program yang mendapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu bakal menyaksikan 200 usahawan AIM menjadi keluarga angkat kepada 400 pelajar terpilih dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk menjalankan latihan bersama sepanjang satu bulan aktiviti itu dijalankan.

“Ia merupakan satu program keusahawanan sosial yang berkonsepkan program pemindahan ilmu mengenai kemahiran perniagaan daripada pelajar IPT kepada komuniti sahabat usahawan AIM,” jelasnya.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan