PKR gelabah sedang ketinggalan di Kajang - pakdin.my

PRK Kajang - PKR-gelabah

Sekiranya sebelum ini PKR dengan begitu yakin dalam memenangi PRK N25 DUN Kajang, kini pada hari mengundi nampaknya mereka tidak seyakin dahulu. Ini adalah kerana apa yang mereka harapkan dari pengundi Kajang terutamanya kaum Cina tidak seperti yang diharapkan. Malah peraih undi dari Pakatan Rakyat mendapat kesukaran untuk mendapat sokongan dari orang tempatan. Seolah-olah “game plan” Pakatan Rakyat untuk PRK Kajang tidak langsung menjadi.

Ketika artikel ini ditulis, baru 32 peratus sahaja pengundi Cina yang keluar mengundi atau jumlah nyatanya hanya seramai 5,085 orang. Dari jumlah itu 1,154 telah dikenal pasti sebagai penyokong Barisan Nasional dan hanya 218 undi sahaja berpihak kepada Wan Azizah. Ini menunjukkan bahawa kaum Cina sudah mula menunjukkan perasaan tidak senang mereka kepada Wan Azizah yang dianggap hanya sebagai proksi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berlainan dengan jentera Barisan Nasional yang mengangkat Datin Paduka Chew Mei Fun yang sememangnya sebegitu ikhlas dalam berkempen. Banyak faktor lain juga yang menyebabkan para pengundi Kajang untuk berpihak kepada Barisan Nasional. Antaranya adalah sifat dan sikap calon Barisan Nasional yang sememangnya orang tempatan dan sudah terang-terang mengambil berat kepada permasalahan penduduk walaupun pada ketika beliau tidak berjawatan samada di dalam Barisan Nasional ataupun sebagai waki rakyat.

Wan Azizah yang dianggap sebagai calon bidan terjun pula sememangnya tidak popular di Kajang dan hanya mengharap kan sokongan dari bekas ADUN di Kajang yang telah diarahkan untuk meletakkan jawatan oleh suami beliau sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran Wan Azizah juga dianggap sebagai pengacau dan hanya sebagai boneka kepada Anwar yang sebelum ini berniat untuk bertanding di Kajang. Anggapan Pakatan Rakyat bahawa rakyat Kajang boleh diputar belit dengan air mata palsu Wan Azizah sememangnya meleset sama sekali. Ini kerana penduduk Kajang yang majoritinya terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi dan terdedah dengan pelbagai saluran maklumat telah dapat membaca permainan politik gabungan parti anak beranak di dalam Pakatan Rakyat.

Ternayata PKR dan sekutu mereka sedang takut bahawa mereka akan gagal di dalam pilihanraya pada kali ini. Sekiranya mereka gagal maka kredibiliti Wan Azizah dan Anwar Ibrahim akan tercalar dan kemungkinan ini adalah pilihanraya terakhir mereka. Sekiranya Pakatan Rakyat terkubur di PRK N25 Kajang, maka ianya adalah satu petanda bahawa rakyat Malaysia tidak lagi percaya akan permainan politik jijik yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Malaysia bersama-sama dengan kaum keluarga dan sekutu politik mereka.

UTAMAPILIHAN RAYAPKR gelabah sedang ketinggalan di Kajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium