26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

PM Tiba Di Gaza Untuk Lawatan Kemanusiaan

image

EL ARISH (Gaza): Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Gaza pada Selasa untuk lawatan kemanusiaan yang akan meneruskan komitmen Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Mencipta sejarah selaku Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin, kunjungan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Najib ke Kaherah, Mesir dan Gaza.

Najib tiba di Kaherah pada petang Isnin ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka akan berlepas ke lapangan terbang El Arish yang terletak 50km dari sempadan Rafah ke Palestin pada pagi Selasa sebelum memasuki Gaza.

Najib akan bertemu Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang Selasa waktu Malaysia).

Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.

Kemudian, Najib akan melawat Universiti Al-Aqsa, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Turut serta dalam delegasi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berada di Gaza sepanjang lawatan itu.

Antaranya termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan