25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

PR Selangor Yakin Menang Dua Pertiga – MB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) mampu menang di Selangor dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keyakinan tersebut adalah bersandarkan empat tinjauan yang telah pun dijalankan di seluruh negeri tersebut.

“Saya kata ini berdasarkan 4 tinjauan yang berlainan di Selangor termasuk satu tinjauan bebas yang dibuat oleh sebuah firma bebas dari Australia,” kata Khalid dalam satu temuramah khas dengan Pengarang HarakahDaily, Zulkifli Sulong.

Menurut Khalid, berdasarkan tinjauan yang dibuat itu, beliau yakin PR mampu memperolehi lebih 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Keyakinan ini juga berdasarkan persiapan PR Selangor jauh lebih baik berbanding dengan persiapan menjelang pilihan raya 2008 lalu.

Khalid juga dipetik sebagai berkata, dari segi pentadbirannya, beliau akan menasihatkan Sultan Selangor agar membubarkan DUN hanya selepas bulan Jun.

Oleh itu, jika Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut, Selangor berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya berasingan dengan peringkat parlimen.

“Ini perkara biasa. Dun Sarawak sekarang menjalankan pilihan raya berasingan dengan peringkat Parlimen,” kata Khalid lagi.

Khalid berkata, langkah ini diambil untuk memastikan semua perancangan yang dibuat oleh Selangor terlaksana sebagaimana yang dijanjikan.

Beliau juga yakin, jika Selangor membuat pilihan raya selepas bulan Jun, mereka akan memperolehi keputusan yang lebih baik.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tetap akur sekiranya Sultan Selangor memutuskan untuk membubarkan DUN pada tarikh yang lain daripada yang dicadangkan.”Saya hanya menasihat berdasarkan perlembagaan,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan