25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

“Preve” Nama Model Terbaharu Proton

Proton Holdings Bhd memilih "PREVE" sebagai nama model kereta terbaharunya

PUTRAJAYA: Proton Holdings Bhd memilih “PREVE” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

Sisi tepi Proton Preve

“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyat,a memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

“Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu keerta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Proton memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model-model sebelumnya, lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baharu global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.

Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara, dan untuk itu Proton sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.

Proton memberi perhatian terhadap ciri-ciri keselamatan, termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori, selain sistem pengendalian, dalam membangunkan kereta global.

Klik SINI dan SINI laporan awal mengenai nama kereta tersebut.

 






Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan