25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Putera William Dan Isteri Tiba Di Sabah Untuk Lawatan

Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Catherine berjalan merentasi jambatan di Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Borneo di Lembah Danum kira-kira 70 kilometer (44 kilometer) di barat Lahad Datu, di pulau Borneo pada Sabtu.

Pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge tiba di sini untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Putera William dan isterinya Catherine tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 7.50 malam.

Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan isteri Datin Jouyah Mohd Yunin serta pegawai kerajaan dan orang kenamaan asing.

Hujan tidak menghalang orang ramai daripada menunggu di luar pagar kawasan lapangan terbang itu untuk menatap wajah pasangan diraja itu.

Sejurus tiba, pasangan diraja itu dibawa ke sebuah resort di bandar raya ini untuk menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah.


Esok, Putera William dan Catherine akan menaiki helikopter untuk melawat Lembah Danum, kawasan hutan hujan tropika utama, terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu, dengan pasangan diraja itu akan meninjau kawasan seluas 438km persegi itu dan mendengar taklimat oleh para penyelidik.

Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari di Timur Jauh, sebagai wakil kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.

 

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan