Remaja terselamat dari pembunuhan beramai-ramai mati bunuh diri - pakdin.my

Sydney Aiello, yang selamat daripada pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2018 di Marjory Stoneman Douglas High School di Florida, Amerika Syarikat, telah mati akibat bunuh diri, sumber daripada orang yang rapat dengan keluarga memberitahu pemberita. Dalam kejadian tersebut seorang remaja bermasalah telah menembak 14 pelajar dan tiga guru.

Ibunya, Cara, memberitahu bahawa Aiello mengalami kemurungan yang melampau setelah selamat daripada insiden penembakan besar besaran yang paling dahsyat dalam sejarah negara AS moden dan baru baru ini beliau telah disahkan mengalami gangguan perasaan selepas trauma tersebut.

Aiello, seorang pelajar di Florida Atlantic University, mati pada hari Ahad. Dan pengebumiannya pada Jumaat lepas di Davie, Florida, AS.

Aiello telah berada di kampus hari serangan belaku tetapi tidak berada di dalam bangunan tempat pembunuhan, kata ibunya, Aiello menamatkan pengajian beberapa bulan selepas insiden itu. CNN

UTAMABERITARemaja terselamat dari pembunuhan beramai-ramai mati bunuh diri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium