27 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 23, 2021

Salahuddin akui Hudud tak dibincang ketika wujud Pakatan Rakyat…

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob mengesahkan undang-undang Hudud tidak ada dalam perbincangan atau konsensus sewaktu parti itu, PKR dan DAP bergabung mewujudkan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, itu tidak bermakna PAS menolak Hudud kerana perkara itu boleh dibincangkan dalam PR pada masa depan, katanya kepada Agendadaily.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa Hudud tidak ada dalam agenda PR.

PAS sebelum ini berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud sebagai simbol atau pendirian PAS -parti yang memperjuangkan Islam.

Namun, hasrat PAS ditentang sekutu mereka dari DAP sehingga kerap kali mencetuskan polimik dalaman PR termasuk Karpal Singh yang popular dengan ungkapan “Langkah mayat saya dulu.” jika PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam itu.

Menurut Salahuddin, PAS akan melaksanakan Hudud di Kelantan kerana undang-undang berkaitan sudah wujudkan pada 1993 dan di Terengganu pada 2003.

“Pada masa itu, PR belum wujud. Ini hak kerajaan negeri melaksanakan Hudud berlandaskan demokrasi,” katanya.

Tegas beliau, PAS akan laksakana Hudud di Kelantan dan tidak timbul isu PR tolak.

Anwar ketika berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat dari 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam kelmarin, berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

“Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan ‘tricky’. Jika anda menjawab ‘tidak’, maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab ‘ya’, maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi ‘Anwar sokong undang-undang hudud’,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.