Monday - July 26, 2021 @ 03:28
POLITIKSelangor Digesa Beli Air Terawat

Selangor Digesa Beli Air Terawat

empangan-pertak-2014

Badan bukan kerajaan (NGO) mewakili belia di daerah ini menggesa kerajaan negeri Selangor menimbang untuk membeli air terawat daripada negeri lain sebagai alternatif mengatasi masalah bekalan air.

Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Haizee Mohd Saleh berkata langkah itu perlu sebab pelan catuan bekalan air setiap dua hari yang dilaksanakan di Selangor sejak 27 Februari lepas menyukarkan ramai penduduk menjalankan kegiatan harian mereka.

“Kalau boleh, kami hendak kerajaan negeri Selangor menerima bekalan air dari negeri lain khususnya Negeri Sembilan bagi mengatasi krisis air yang semakin meruncing ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai himpunan membantah pelan catuan air yang dilaksanakan kerajaan negeri di Apartmen Klang Jaya di sini, Selasa.

Seramai 30 orang menghadiri himpunan itu termasuk penghuni apartmen berkenaan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Kota Raja, Mohd Ali Zakariah berkata ramai peniaga belia khususnya di Klang menghadapi masalah menjalankan perniagaan ekoran pelan catuan air yang dilaksanakan.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here