S’pura, Britain mulakan rundingan perjanjian ekonomi digital - pakdin.my

SINGAPURA: Singapura dan Britain memulakan rundingan mengenai satu perjanjian ekonomi digital antara kedua-dua negara.

Perjanjian Ekonomi Digital UK-Singapura (UKSDEA) itu adalah yang pertama seumpamanya antara sebuah negara Asia dengan Eropah.

“UKSDEA bertujuan untuk memudahkan perdagangan digital dan mewujudkan peluang-peluang baru di Singapura, Britain dan rantau masing-masing dengan memudahkan perniagaan digital dijalankan antara Singapura dan Britain,” menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan serta Penguasa Pembangunan Infokom Media pada Isnin (28 Jun).

“Ini termasuk melakarkan peraturan yang memandang ke hadapan bagi membolehkan pengaliran data diyakini rentas sempadan dan memastikan piawai tinggi dalam perlindungan data.”

Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata ekonomi digital merupakan “titik cerah yang kekal berdaya tahan meskipun dengan cabaran pandemik COVID-19”.

“UKSDEA akan melanjutkan momentum Perjanjian Perdagangan Bebas UK-Singapura dan menggalak pasaran digital yang diyakini, mantap dan saling berhubungan bagi manfaat penduduk dan perniagaan kami,” tambah Encik Iswaran.

Menteri Perdagangan Britain Elizabeth Truss berkata “perjanjian bersama Singapura itu akan memastikan Britain berada di hadapan revolusi teknologi”.

“Kedua-dua Singapura dan Britain adalah pemimpin global dalam ekonomi digital dan 70 peratus daripada eksport khidmat UK daripada khidmat kewangan dan undang-undang hingga ke muzik dan buku elektronik, dihantar secara digital ke Singapura pada 2019, bernilai £3.2 bilion (S$6 bilion),” kata Cik Truss dalam satu kenyataan media bersama Jabatan Perdagangan Antarabangsa Britain.

Singapura sebelum ini juga memeterai perjanjian digital serupa bersama Australia, Chile dan New Zealand.

– CNA/HA/ha

UTAMABERITAS'pura, Britain mulakan rundingan perjanjian ekonomi digital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium