SRC International: Pendakwaan Ke Atas Najib Razak Bersifat Semberono? - pakdin.my

Selalunya peguam akan memerangkap saksi atau tertuduh. Namun hari ini kita menyaksikan tertuduh memerangkap Peguam Negara Malaysia.

Dalam soal balas antara Peguam Negara Thommy Thomas dan Najib Razak, Thommy telah ‘terlepas cakap’ beliau belum dapat mengesahkan bahawa dana SRC sejumlah RM4 bilion yang dipinjam dari KWAP telah hilang.

Ini menunjukkan pendakwaan ke atas Najib Razak dibuat secara semberono tanpa siasatan menyeluruh seperti kes-kes biasa. Dengan kata lain, rakyat akan melihat ini merupakan pendakwaan politik.

Berikut adalah dialog di mahkamah yang dipetik dari Malaysiakini:

Thomas: RM4 bilion melalui dua pinjaman yang diberi KWAP kepada SRC telah hilang sepenuhnya.

Najib: Saya tak setuju kerana kita belum pastikan (established) yang dana itu di Switzerland.

Thomas: Jadi anda masih dakwa ada dana di Switzerland?

Najib: Kita perlu pastikan.

Thomas: Saya belum lagi.

Najib: Anda perlu lakukannya.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang aset itu telah hilang.

Najib: Saya tak setuju.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang seluruh RM4 bilion sudah disia-siakan.

Najib: Saya tak setuju. Saya mahu tahu kebenarannya.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMANAJIB RAZAKSRC International: Pendakwaan Ke Atas Najib Razak Bersifat Semberono?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium