30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Syarikat Dapat Kontrak Kerajaan Terbabit BERSIH Disenaraihitam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan minta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Dalam tweetnya hari ini, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

“Saya ambil maklum pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat menulis mengenai ada syarikat-syarikat yang menaja perhimpunan haram BERSIH dengan tujuan menggulingkan kerajaan tetapi pada masa yang sama syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari kerajaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa syarikat berkenaan perlu disenarai hitamkan dan akan minta EPU dan UKAS untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka,” jelas beliau.

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar itu menggesa kerajaan menyenarai hitamkan syarikat-syarikat terlibat dengan penganjuran perhimpunan itu.


“Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian adalah pemberian bisnes dan kontrak kepada syarikat-syarikat serta usahawan yang menaja beberapa siri perhimpunan BERSIH.

“Hal ini sudah beberapa kali sampai ke pengetahuan Awang. Sepatutnya syarikat-syarikat tertentu yang pro-BERSIH disenaraihitamkan,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, beliau pasti banyak lagi syarikat lain yang mampu memberikan terma yang setanding atau lebih baik kepada kerajaan yang perlu diberi peluang.

“Masa untu berlembut dan bertoleransi sudah berakhir. Syarikat yang jelas menyokong perhimpunan haram akan disenaraihitamkan serta merta,”.

“Syarikat yang membantu gerakan mengugat keselamatan ekonomi negara akan saya pulau,” tegasnya..

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

  1. Eloklah tu walaupun agak terlambat tp daripada terus tidor eloklah sedar lambat. Lakukan screening kpd Sykt dan pwnjawat awam yg terang terang Mahu gulingkan kejaan.

  2. Langkah yang baik
    Sebab ada juga Melayu tak Malu . sokong Bersih Dan DAP . mau peruntukan Mintak dkt Kerajaan BN Dan UMNO
    Nanti kita ketengahkan Nama mereka untuk d keluarkan Dari Senarai Ke Ahlian .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...