Tarik Balik Saman: Isunya Mudah, Kenapa Buat Susah? - pakdin.my

anwar-lenggang-kangkung-burit-amoi

Tak faham apa masalahnya dengan UMNO menarik balik saman terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali yang digembar gemburkan sesetengah pihak untuk mengatakan UMNO lemah.  Apa yang tak faham kat situ?

Ceritanya mudah saja, 2 pihak itu tak mengaku ada tuduh UMNO, satu kata tak maksudkan, satu lagi kata bukan UMNO tapi blogger UMNO.  Malah bukan setakat itu, ada juga yang mengaku kesal kerana keluar kenyataan tersebut dan yang paling penting, kedua-dua artikel fitnah berkenaan ditarik balik dari Harakah dan Suara Keadilan (web).

Kalau depa betul, kenapa nak tarik balik artikel tu? Siap ada yang menyatakan kekesalan (Tian Chua) dan mengalihkan ’maksud’ kepada blogger UMNO tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan (Mustafa Ali).  Secara tak langsung mengaku salahlah dan minta maaf, cuma dalam hal ini dia guna perkataan menyesal.  Itu hakikatnya.

Soal dia nak mengaku atau tidak itu bukan isu. Lagipun, sejak bila yang pemimpin pembangkang ni pernah mengaku bila buat salah?

Inipun kira untung UMNO akhirnya saman kepada pihak gunakan nama parti itu untuk buat fitnah, ada jugalah perubahan dari zaman dulu-dulu.  Zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri,apa saman pun tak pernah ada walaupun cakapnya tu macam-macam.

Jadi penulis tak faham kenapa isu ini nak dihebohkan sepanjang masa serta dijadikan petunjuk bahawa UMNO lemah, lemahkah kita kalau pihak berkenaan dah mengaku salah dan mengambil tindakan yang sewajarnya?

Penulis sebetulnya tahu proses yang perlu dilalui sebelum hal saman menyaman ini masuk peringkat perbicaraan penuh, tapi terlalu panjang nak ditulis di dalam ruang yang singkat ini.  Senang kata, ibarat polis kejar penjenayahlah. Dah kejar, disuruh berhenti, dan dia berhenti, polis nak tembak orang tu lagi ke?

Dah tentulah tidak, jadi apa lagi isunya?

Atau mungkinkah yang mempersoalkan keputusan ini sebenarnya tak faham prosedur mahkamah dalam kes-kes seperti ini?  Takpe kalau tak faham, tapi tanyalah dengan orang yang faham, bukan menukar ketidakfahaman itu kepada kebodohan.

Tian Chua putar belit
Tian Chua putar belit

Patutnya dalam isu ini, Tian Chua yang perlu jelaskan kenapa dia bersetuju supaya artikel itu ditarik balik, dan sebab musabab menyatakan rasa kesal – kalau betullah dia berada di pihak yang betul seperti yang balaci dia faham sebelum ini.

Dalam praktis biasa, sememangnya bala ini dia yang perlu jawab, bukan UMNO.

Bila dia bersetuju tarik balik artikel itu dan menyatakan rasa kesal, jelas disitu memang dia salahlah kerana memfitnah UMNO, dan menunjukkan UMNO dah menang dalam soal itu, lagi nak pertikaikan apa?

Justeru penulis tak rasa salah kerana mempersoalkan mereka yang mempertikaikan keputusan UMNO menarik balik semula saman ni.  Dah jelas disitu UMNO menang pun, masih lagi dipertikaikan keputusan tersebut.

(Gambar pada artikel hanya hiasan, tidak ada kaitan dengan hidup atau mati).

UTAMAPOLITIKTarik Balik Saman: Isunya Mudah, Kenapa Buat Susah?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium