33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Telur tamat tempoh punca 99 mangsa keracunan puding buih

Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya.

“Tindakan pun telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan menutup dapur premis untuk jualan puding buih tersebut mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan seramai 99 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta dan rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta setelah cirit-birit, muntah-muntah dan demam selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas.

Daripada 99 kes tersebut, yang membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi dari daerah Marang.

Dalam pada itu, Dr Alias berkata kerajaan negeri akan membuat satu kajian terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk peniaga makanan kecil-kecilan yang beroperasi di rumah bagi mengelak kejadian keracunan itu berulang pada masa depan.

“Kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen berniaga, hanya memasak di rumah dan memasarkannya secara dalam talian yang kita tak tahu bagaimana pengendalian masakan dan tahap kebersihan yang diamalkan.

“Jadi kami minta Jabatan Kesihatan sediakan satu SOP untuk peniaga makanan yang beroperasi dari rumah agar dapat bantu mereka jana ekonomi dan pada masa sama pastikan keselamatan makanan yang dijual.

“Penyedia makanan juga perlukan suntikan khas serta mengamalkan tahap kebersihan yang sepatutnya sama seperti peniaga yang beroperasi di premis perniagaan lain,” katanya. — Bernama

Berita sebelum:
Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan