30 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Tembak Polis Di Ampang: Suspek Bertatu Harimau Ditahan Di Ipoh

suspek-tembak-polis

Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Rabu.

“Pemeriksaan di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru ‘pump gun’ dan satu unit telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Beliau berkata suspek direman sehingga Ahad ini.
Kejadian menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketika melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans koperal parah.

Mohd Shukri berkata rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...