Terima kasih Mahathir dan Tony Pua atas kehilangan EDRA #pakdin.my

edra_charts_news_course

Apabila membaca berita mengenai EDRA di The Edge, rasa hendak je melempar kerusi pada seseorang walaupun belum musim lempar kerusi pemilihan parti PKR lagi.

Terkini, Edge menulis bahawa pemegang saham baru China General Nuclear Power Corp Ltd (CGN) akan membawa masuk RM10 bilion ke dalam Edra untuk melaksanakan operasi dalam dan luar negara selepas mengambil alih Edra daripada 1MDB pada harga RM17.3 bilion.

CGN akan membawa masuk RM5 bilion ke Malaysia semata-mata untuk menyiapkan projek-projek tenaga di bawah Edra.

The Edge juga menulis mengenai pelbagai potensi pemilik baru Edra  itu dan bagaimana ia menjadi pelaburan terbaik CGN untuk mengembangkan pelaburan ke luar negara sebagai pemain global.

Dan bagaimana Edra telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mencari mereka yang berpotensi untuk mengisi jawatan-jawatan ini.

Dan juga berapa besar nilai yang CGN boleh terokai melalui Edra.

Peliknya, hanya satu bulan yang lalu, Edra bawah 1MDB dikatakan merupakan syarikat besi buruk yang terlebih bayar bagi pembelian aset  yang dibebani dengan hutang.

Tiba-tiba, satu bulan kemudian mereka katakan Edra bersedia untuk mengembagkan sayapnya dan bernilai tinggi serta akan membawa begitu besar pelaburan dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru.

Terima kasih Mahathir dan Tony Pua yang telah membuat kita kehilangan pelaburan berpotensi tinggi.

Walau apa pun, Edra masih berada di Malaysia dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia – tetapi kini dimiliki oleh sebuah syarikat China.

http://www.theedgemarkets.com/…/arti…/edra-charts-new-course

Berkaitan