Tiada had jumlah pelanggan duduk satu meja

Sejumlah 178,083 restoran dan kedai makan di seluruh negara kini boleh menarik nafas lega susulan mereka kembali dibenarkan menjalani operasi perniagaan dalam kapasiti penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

- Advertisement -

Hal itu kerana kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menetapkan lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran serta kedai makan.

Berita baik itu dijangka turut memberi kelegaan kepada 907, 453 pekerja dalam bidang makanan dan minuman yang sebelum ini bimbang berdepan risiko kehilangan pekerjaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggan restoran dan kedai makan kini tidak lagi dihadkan dan boleh kembali duduk berdasarkan saiz meja.

Menurutnya, kebenaran itu terpakai selagi ada inisiatif pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial antara pelanggan restoran dan kedai makan terlibat.

“Cuma isu hendak ditekankan di sini ialah mengenai penjarakan sosial, selagi aspek ini dipatuhi, kerajaan tiada halangan mengenai jumlah pelanggan di meja makan.

“Kalau boleh muat lapan orang, lapan orang boleh duduk. Kalau boleh 10 orang, 10 orang dibenarkan duduk,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Terdahulu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran akan dibenarkan menerima pelanggan untuk makan di premis dengan satu meja tidak lebih empat orang.

Semua pelanggan juga perlu memberikan nama, nombor kad pengenalan diri (MyKad), nombor telefon dan membenarkan suhu badan diambil.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, jarak antara meja juga perlu sekurang-kurangnya dua meter.

Tempoh perniagaan restoran dan kedai makan sebelum ini turut dibenarkan beroperasi daripada 7 pagi sehingga 10 malam, kepada 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pemilik restoran juga perlu menyediakan pembersih tangan dan kemudahan membasuh tangan.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

Jualan kereta Proton melonjak pada Jun 2020

Proton Holdings Bhd mendapat manfaat susulan peningkatan jualan kereta sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun apabila kereta jenama nasional itu diunjur...

Bersatu, PAS tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak – Dr James Masing

Seorang pemimpin Sarawak berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang...

Tok Mat tak setuju PN guna lambang baru pada PRU15

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) tidak bersetuju Perikatan Nasional (PN) bertanding sebagai gabungan tunggal yang menggunakan lambang baru pada pilihan raya umum...

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?