Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Selepas Ziarah Jenazah Nik Aziz

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

maut-selepas-ziarah-nik-aziz-kampung-telong

Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Melawi-Tok Bali dekat Kampung Telong, Bachok petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Roslan Mamat, 34, dan anaknya Nur Airish Alisya, 3 bulan, manakala isteri Roslan, Mimi Suhartini Abdul Ghani, 38, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu.

Kejadian dilapor berlaku kira-kira 2.50 petang itu apablia mereka dalam perjalanan pulang ke Bukit Payong, Terengganu selepas menziarah jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Sementara tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nur Dina Qistina, 12, Mohammad Zarfan Daniel, 10, dan Mohammad Zakuan Danish, 6, serta ibu saudara mereka, Sakiah Mamat, 50, dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata MPV jenis Perodua Alza yang dinaiki kesemua mangsa yang datang dari arah Melawi menuju Tok Bali dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu.

“Ia menyebabkan bayi dan bapanya tercampak keluar dari kenderaan mereka sejauh lima meter dan mengalami kecederaan serius sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara Mimi Suhartini dan kakak iparnya Sakiah cedera parah dan dibawa ke HRPZII untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun Mimi Suhartini meninggal dunia di hospital,” katanya.

Abdul Hamid berkata jenazah Roslan dan bayinya telah dihantar ke HUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga mereka.

Pemandu serta seorang penumpang pacuan empat roda itu dilapor hanya mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis, katanya.

Sementara itu, bapa Mimi Suhartini, Ghani Ali, 71, berkata pemergian anak kedua daripada lapan beradik itu sangat mengejutkan.

“Pagi tadi Mimi ada menghubungi saya memaklumkan dia bersama keluarga nak menziarahi jenazah Allahyarham Tok Guru di Pulau Melaka. Saya juga sempat bertanya keadaan pengebumian Tok Guru.

“Saya kini sangat risau memikirkan keadaan cucu saya yang kehilangan kedua ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemui di HRPZII.

BACA juga:

Leave a Reply