Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah - pakdin.my

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad Rasuah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM295,000.

Kesalahan didakwa dilakukan pada tahun 2009 dan 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hanafiah Abu Mansor, 47 tahun dituduh meminta suapan bernilai RM270,000 pada pertengahan Jun 2009.

Suapan diterima bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan kontrak bernilai RM2.7 juta.

Pertuduhan kedua pula, dia dituduh menerima suapan RM25,000 pada awal Januari 2010 sebagai upah membantu sebuah syarikat mendapatkan kontrak berkenaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(A), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.

Tertuduh dibenar diikat jamin RM100,000 dengan dua orang penjamin.

Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.

 

UTAMABERITATimbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium