Trafik Perlahan Di Kawasan Utara @plustrafik - pakdin.my

Keadaan trafik di beberapa kawasan di bahagian utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengalami kesesakan sejak tengah hari Rabu ekoran pertambahan kenderaan serta beberapa kemalangan kecil.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Sungai Petani menuju ke Bertam serta Kuala Kangsar ke Terowong Menora.

“Trafik perlahan bermula pukul 12 tengah hari tadi dan ditambah dengan kemalangan menyebabkan trafik bertambah sesak,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau berkata kawasan lain yang mengalami aliran trafik perlahan disebabkan pertambahan kenderaan ialah Sungai Dua ke Juru serta Sungkai ke Slim River.

Di kawasan selatan tanah air serta Lebuhraya Pantai Timur, keadaan trafik lancar dan terkawal.

www.twitter.com/plustrafik.

UTAMABERITATrafik Perlahan Di Kawasan Utara @plustrafik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium