25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Tun M Turut Minta, Terima Bantuan Negara Arab

temberang-mahathir

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dan menerima bantuan daripada negara-negara Arab semasa kepimpinannya.

Lantaran itu, beliau berkata, bahawa mengatakan bahawa Dr Mahathir tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.

“Hakikatnya Dr Mahathir tidak sahaja meminta tetapi turut menerima bantuan daripada sebilangan negara-negara Arab,” katanya dalam entri terbaru blog beliau.

Mohd Salleh berkata lebih 30 tahun lalu semasa Dr Mahathir berhasrat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kerajaan dianggarkan menanggung sekurang-kurangnya RM1 bilion, terutamanya untuk membangunkan kampus di tapak seluas 283.3 hektar (700 ekar) di Gombak.

“Mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.

“Oleh itu, jika kita mahu melakukan perkara yang sama pada hari ini, apa yang akan kos RM1 bilion pada 1983 akan menelan kos berbilion-berbilion pada hari ini,” katanya.

Mohd Salleh berkata bagi membiayai projek yang dianggap besar pada 1983, Dr Mahathir mendapatkan sokongan kewangan dari negara-negara Timur Tengah dan lapan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang kini dikenali Pertubuhan Kerjasama Islam, bersetuju unutuk menaja penubuhan universiti berkenaan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.