24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

USM cipta mi serbuk cili turun berat badan

Azhar bersama penyelidiknya menunjukkan mi berlapis cili.

GEORGETOWN – Masalah obesiti atau kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan seorang daripada lima kanak-kanak mempunyai lebihan berat badan atau obes.

Masalah itu tidak terkecuali di negara kita apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiar’ obes tidak prihatin soal pemakanan sehingga menghidap pelbagai penyakit serius seperti kencing manis dan sakit jantung pada usia muda.

Sehubungan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan mi berlapis serbuk cili lebih berkhasiat dan mampu menurunkan berat badan dan menahan lapar untuk satu tempoh yang lama.

Ketua Penyelidik dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Profesor Azhar Mat Easa berkata produknya yang dipanggil mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin untuk membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.

“Disebabkan kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak,” katanya semalam.

Beliau berkata idea untuk menghasilkan mi dengan kapsaicin tercetus apabila beliau memikirkan keadah yang pratikal menggunakan produk makanan untuk menghantar kapsaicin ke dalam badan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan