30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Vape: Nikotin Berlebihan Boleh Menyebabkan Mati Serta-Merta

awek-vape-1

Kementerian Kesihatan memberi amaran amalan menghisap rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin berlebihan boleh mengakibatkan kematian serta-merta terhadap individu terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan kajian saintifik terbaru Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati setiap botol cecair isian semula vape biasanya mengandungi 25 mililiter (ml) dan setiap liter mempunyai empat miligram (mg) nikotin.

“Kami bimbang dengan penggunaan cecair dan kimia yang tinggi iaitu setiap botol cecair isian semula vape mengandungi tidak kurang daripada 100mg nikotin.

Kajian saintifik menunjukkan dengan hanya 40mg nikotin yang terkandung dalam 10ml cecair bahan kimia vape boleh membunuh dengan serta-merta seorang manusia dewasa,” katanya kepada pemberita selepas Op Kepialu di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, katanya amalan menghisap vape juga boleh mendedahkan kepada ketagihan dan penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru selain kesan sampingan pengguna nikotin.

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Racun 1952 bagi mengawal penjualan nikotin termasuk dalam vape selepas kajian mengenainya siap.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya sedang meningkatkan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya pengguna vape dalam tempoh jangka panjang kerana difahamkan lebih sejuta rakyat menghisap vape termasuk wanita dan pelajar sekolah.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

  1. Siapa pula yang maki hamun kerajaan? Banyak penguatkuasaan di negara ini berlaku hanya selepas ianya mudarat Sepaturnya langkah awal dicegah. Bukan selepas berlaku. Dengan kenaikan harga rokok bertambah ramailah hisap vape.

  2. Bgi sya senang saja..
    Cegah sebelum parah….
    Sbb apa kerajaan tak haramkn…
    Mnjdi tanda tanya…????
    Higga budak sekolah rndah pun blh hisap..,????..berjuta2 ke untungnya…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...