[Video] Melampau betul DAP beri contoh lucah untuk tulisan Jawi

Walaupun terdapat pelbagai isu menyelubungi pengenalan khat di sekolah lagi-lagi ianya ‘mengganggu’ sentimen yag bukan Islam di negara ini, namun tidak sampai ke tahap ‘lucah’.

Menurut Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M Sambathan, beliau sebenarnya sangat terkejut pagi tadi apabila membaca laporan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menggunakan bahan lucah bagi menunjukkan contoh bagaimana tulisan Jawi digunakan.

Su Qi dikatakan menggunakan tulisan Jawi itu digunakan di luar agama Islam pada zaman dahulu.

Kata Sambathan yang juga Ahli Dewan Negara, sememangnya beliau terkejut dengan tindakan Shu Qi yang pada hematnya tidak sepatutnya bertindak sehingga ke tahap itu hanya semata-mata mahu menjadi ahli politik ‘hebat’ dalam kalangan penyokongnya.

“Apakah kamu lupa ini adalah sebuah negara majmuk yang pada asasnya kita perlu saling hormat menghormati?

“Kamu begitu terdesak sekali untuk jadi jaguh kerana semakin ramai penyokong kamu sudah mula marah dan muak seperti kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang takut akan hilang undi, kamu sanggup buat begini? Ini sangat sangat melampau.

“Tindakan seperti ini hanya akan pecah belahkan perpaduan antara kita sahaja.Kemudian kamu akan tuding jari kepada UMNO dan BN kononnya dalang dalam perpecahan kaum sedangkan kamu mulakan api ini.

“Apa motif guna contoh seperti ini Shu Qi? Tidak senonoh langsung. Fikirkanlah perasaan rakyat yang beragama Islam, yang Melayu itu. Janganlah buat begini. Hanya kerana kuasa sudah ada dalam tangan tidak bermakna kamu boleh berbuat apa sahaja,” lapor MalaysiaGazette.

Beliau mengulas klip video di internet yang memaparkan ucapan Su Qi dalam sebuah majlis dialog dengan Persatuan Tiong Hwa bersama-sama wakil 27 persatuan masyarakat Cina pada 9 Ogos di Kluang.

Bagaimanapun, Su Qi setelah dikritik pelbagai pihak hari ini tampil mendedahkan ucapannya telah dirakam tanpa kebenaran selain mendakwa UMNO serta MCA telah memutarbelit kenyataannya.

Sambathan menyambung dengan menyatakan banyak lagi contoh lain boleh di tunjukan oleh pemimpin DAP ini daripada menggunakan bahan pornografi.

“Guna contoh bahan lucah untuk tulisan Jawi ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab apatah lagi datangnya daripada pemimpin di sanjung rakyat sebaliknya satu tindakan paling bodoh pernah saya lihat.

“Saya mohon Su Qi tampil membuat permohonan maaf kepada keseluruhan umat Islam di negara ini dan letak titik noktah untuk isu daripada berterusan berpolitik, menuding jari atau menafikan perkara ini,” tegasnya.

Su Qi di dakwa melakukan pembentangan menggunakan slaid bagi menerangkan tulisan Jawi telah digunakan sebagai sistem tulisan bahasa Melayu sebelum tahun 1956 serta tidak terhad kepada penulisan agama Islam sahaja sebaliknya juga digunakan untuk mengarang kitab Kristian dan bahan pornografi.

LIHAT video