25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

[Video] Sejam berdebar atas batu terperangkap kepala air di Kuala Kubu Bharu

KUALA KUBU BHARU: Dua remaja lelaki menempuh saat mendebarkan apabila terperangkap di atas batu besar lebih sejam di tengah-tengah air terjun apabila tiba-tiba berlaku kepala air ketika berkelah di Air Terjun Pertak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.40 petang, Muhammad Ashyraf Abdul Rahim dan Nur Muhammad Azman, masing-masing berusia 21 tahun sedang mandi bersama enam lagi rakan sebelum hujan lebat kira-kira jam 3 petang menyebabkan berlaku kepala air.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat naik ke tebing namun enam lagi rakan mereka dapat menyelamatkan diri.

Bomba yang menerima laporan pada jam 3.40 petang, menghantar sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Rosdi Shafie.

Jurucakap bomba Selangor, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat.

“Kedua-duanya berjaya melintasi kawasan air terjun yang deras menggunakan tali menyelamat yang kita rentang ke tebing tanpa mengalami apa-apa kecederaan.

“Mangsa bersama enam rakan sampai ke kawasan air terjun itu pada jam 2 petang dari Selayang untuk berkelah sebelum fenomena kepala air berlaku akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Difahamkan, pasukan bomba terbabit turut menyelamatkan sekumpulan lagi pengunjung air terjun berkenaan yang terperangkap di seberang kawasan air terjun di satu lagi lokasi lain air terjun berkenaan.
20161029-kepala-air-kuala-kubu-bharu-220161029-kepala-air-kuala-kubu-bharu-1

Berita Berkaitan

Komen

  1. musim tak.menentu sekarang..perlu sgt kah nak pergi ketempat2 begini??dah banyak kes terjadi..tak bolih ambil sebagai pengajaran ke??dah belaku.menyusahkan org,keluarga tersayang..panjangkan akal sikit anak anak oi…

  2. saya terperangkap dalak satu ruang 1.4meter x 1.4 meter …badan basah kena hujan dan kabel berkuasa 415 berkekuatan 500amp sedang meletup selama 15 minit (vavi meneger x tau nk of kan elektrik ) . sampai bomba datang dan potong suply…..sume org ingat saya dah jalan …lekat kt kabel …

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.