26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Video: Siasat Dakwaan ASTRO Kenakan Caj Tersembunyi

Syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro
Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan disiasat susulan dakwaan mengenakan caj dan penalti tersembunyi kepada pelanggannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sebarang tindakan yang diambil syarikat itu terikat dengan terma dan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi.

image“Kita memang siasat aduan yang diterima, dari masa ke semasa kita berbincang dengan pihak Astro.

“Apa yang Astro lakukan mestilah terikat dengan syarat-syarat, bila kita beri lesen, kita beri syarat, jika mereka langgar syarat lesen sudah tentu tindakan boleh diambil,” katanya pada Khamis.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur lebar baru, ‘Yes 4G LTE’ oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL Communications Sdn Bhd di ibunegara hari ini.

Salleh mengulas dakwaan seorang pelanggan syarikat berkenaan yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya mendakwa dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu.

Status dimuat naik ‘Sephia Mhd Bhrm’ yang mendakwa dikenakan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.

Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis. Status berkenaan dikongsi oleh lebih 21,000 pengguna laman sosial Facebook.

Salleh berkata pengguna bagaimanapun mempunyai hak sama ada untuk menggunakan khidmat yang disediakan stesen televisyen berbayar itu atau tidak.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke...

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan