Statistik Corona

Malaysia
2,198,235
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
1,989,509
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
183,289
Active
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
25,437
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Global

All countries
232,528,287
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
207,424,432
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
4,760,548
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Video Teresa Kok Akan Disiasat – Polis

videoteresakok

Polis akan menyiasat klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang tersebar luas dalam laman ‘Youtube’ sejak Isnin lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pihaknya akan menyiasat sama ada kandungan klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip’ berbaur fitnah, hasutan atau sebaliknya.

“Kita akan siasat perkara ini bila ada laporan rasmi mengenainya diterima dan kita akan mengambil tindakan (jika didapati bersalah),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Seri Jaya Gading sempena Op Selamat IV Tahun Baharu Cina di sini, Ahad.

Walaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara, Salleh berkata rakyat perlu mengelak daripada menimbulkan isu-isu berbaur fitnah atau hasutan supaya masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup secara aman.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa ‘berlakon’ sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Di KUALA LUMPUR, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap wakil rakyat itu kerana didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan menerusi klip video tersebut.

Di MUAR, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata Teresa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukan sebaliknya melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri sebagai anggota Dewan Rakyat.

“Maklum balas dan komen terhadap klip video di Youtube memaparkan lebih banyak kejian daripada menyokong perbuatannya.

“Orang ramai akan mentertawakan beliau sebagai Anggota Parlimen terlibat dalam video tersebut berbanding lawak bodoh yang diutarakan.

“Kita nak tahu apa motif video itu dihasilkan ketika ramai sedang menyambut Tahun Baharu Cina,” katanya pada majlis rumah terbuka Pengerusi MCA Bahagian Muar, Tay Puay Chua, di Pekan Seri Menanti, Parit Jawa di sini.

Berkaitan