Wah Seong peroleh kontrak minyak dan gas bernilai RM162.45 juta di Afrika  - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Wah Seong Corporation Bhd memperoleh kontrak bernilai RM162.45 juta daripada BW Energy Gabon SA untuk membekalkan modul pemprosesan dan pemampatan minyak dan gas bagi projek di Gabon, Afrika.

Kumpulan perkhidmatan industri minyak dan gas itu berkata kontrak selama 13 bulan itu diberikan kepada unit milik penuh tidak langsungnya, Wasco Engineering International Ltd.

“Skop kerja kontrak itu melibatkan kejuruteraan lengkap, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan modul pemprosesan dan pemampatan minyak dan gas serta unit skid,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Wah Seong berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat sepanjang tempoh kontrak.

“Kontrak itu adalah projek khusus dan tidak boleh diperbaharui,” katanya. — BERNAMA

UTAMAEKONOMIWah Seong peroleh kontrak minyak dan gas bernilai RM162.45 juta di Afrika 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium