Wajarkah Darjah Kebesaran Pesalah Jenayah Ditarik Balik?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

bintang -dato-seri-pulau-pinang

Ketika berlangsungnya sesi soal jawab lisan di Parlimen pada Selasa, Datuk Othman Abdul (Pendang-BN) bertanya tentang kuasa untuk menarik balik darjah kebesaran daripada penerima yang terlibat dalam jenayah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menjawab soalan tambahan itu, hanya pengeluar darjah kebesaran yang layak menarik balik pemberian tersebut daripada penerimanya.

Dalam pada masa yang sama, wujud cadangan serupa di media sosial, memandangkan individu yang dikurnia darjah kebesaran sepatutnya menjaga status sejajar dengan gelaran diberikan kepada mereka, dengan mengelakkan daripada terjerumus dalam aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.

Isu menarik balik gelaran pernah diperkatakan pada Jun 2004 oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Mohd Johari Baharum yang berkata kerajaan mengkaji cadangan supaya pangkat kebesaran yang diberi kepada individu yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah, ditarik balik.

PENARIKAN SEBELUM INI

Penarikan semula gelaran oleh Sultan, Raja atau Yang Dipertua sesebuah negeri atas pelbagai faktor bukanlah perkara baharu.

Terbaharu adalah pada Disember tahun lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 Nov, ekoran tindakan Anwar sejak akhir tahun 2013 yang mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi diraja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.

Namun Anwar masih mempunyai darjah kebesaran negeri lain, antaranya Perlis, Perak, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Pada Okt 2010, Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V juga menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, tanpa menghebahkan kepada umum sebab penarikan balik tersebut.

Pada Okt 2004, Sultan Pahang menarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ daripada dua lelaki berhubung penglibatan mereka dengan jenayah, antaranya kerana terlibat dalam kongsi gelap.

ADAKAH WAJAR?

Justeru, adakah wajar sekiranya penglibatan seseorang individu di dalam jenayah dijadikan sebagai batu asas atau ketetapan untuk sesuatu darjah-darjah kebesaran ditarik semula?

Menjawab persoalan itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian menegaskan sebarang keputusan pelucutan darjah kebesaran adalah di bawah kuasa mutlak dan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri yang mengurniakan darjah kebesaran berkenaan.

Katanya penarikan semula darjah kebesaran pada penyandangnya bukanlah amalan baharu, malah beberapa negeri termasuk Sultan Selangor dan Sultan Johor pernah berbuat demikian beberapa kali atas sebab-sebab tertentu.

“Keputusan hanya boleh dibuat oleh pihak istana sendiri berdasarkan peraturan atau panduan yang digunapakai oleh istana… maka ia terpulang kepada pihak istana sama ada mahu menarik balik sesuatu anugerah itu atau tidak, tanpa boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

“Namun sejauh mana amalan itu hendak dijadikan sebagai satu ketetapan, ia bergantung kepada istana… kalau hendak disyaratkan, ia haruslah bersifat menyeluruh di mana bukan dikenakan pada seseorang individu tertentu sahaja… tetapi seharusnya kepada individu-individu lain yang disabitkan kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

PULANGKAN SEMULA

Beliau berkata ini bagi mengelakkan penarikan semula sesuatu darjah kebesaran itu dipertikaikan dan dijadikan bahan politik.

“Contohnya, sekiranya hanya Anwar dikenakan tindakan penarikan balik gelaran, ia pasti mewujudkan kesan yang tidak baik kerana orang akan mempertikaikan kenapa baru sekarang, kenapa tidak ketika Anwar dipenjarakan pada 1999 dahulu… akan ada banyak isu timbul,” katanya.

Sivamurugan, bagaimanapun, berpendapat Anwar misalnya, jika tidak mempercayai sistem raja berperlembagaan dan mempersoalkan kewibawaan institusi itu, adalah wajar bagi beliau untuk memulangkan semula kesemua gelaran yang diperolehnya.

“….kalau beliau hendak pulangkan, tetapi mungkin bagi beliau anugerah itu diperoleh ketika berada di dalam kerajaan dahulu tetapi beliau wajar memulangkan sekiranya terus menyelar raja-raja,” katanya.

BUDI BICARA

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata kelazimannya apabila seseorang individu melakukan jenayah, anugerah yang diperolehnya ditarik balik.

Namun terdapat juga beberapa individu yang terlibat dalam kes jenayah sebelum ini tidak ditarik balik gelarannya.

“Ia terpulang kepada pemberi… juga terpulang pada Menteri Besar atau pun Perdana Menteri untuk menasihati Sultan atau Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian, tetapi setakat boleh menasihatkan,” katanya.

Katanya tidak salah untuk rakyat menyuarakan pandangan tetapi tidak boleh memaksa seseorang individu itu ditarik gelarannya kerana keputusannya tetap di tangan pihak istana yang berkenaan.

“Lagipun jika satu istana tarik balik, individu itu mungkin ada banyak lagi anugerah yang diperoleh dari istana negeri lain yang dikekalkan… maka dia mungkin tidak terkesan kerana masih boleh menggunakan gelaran yang ada,” katanya.

BACA juga:

  1. Kadang kadang ada juga bodoh nya ahli parlimen ini, kenapa bersusah payah menyerahkan budibicara tuanku sultan yang menganugerahkan untuk menarik balik darjah kebesaran sedangkan kabinet boleh mempersembahkan nasihat kepada majlis raja-raja sewaktu bersidang suapay dipersetujui oleh semua raj raja yang memerintah termasuk YgDpertuan Besar Negeri mewartakan supaya mana mana darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada mana mana individu akan gugur secara otomatik jika disabitkan dengan kesalahan jenayah

Leave a Reply