Facebook catat 100 juta pengguna di India, kedua terbesar selepas AS - pakdin.my

facebook-india

NEW DELHI: Facebook mencatatkan lebih 100 juta penggunanya di India, negara kedua terbesar selepas Amerika Syarikat (AS) yang berjaya memperoleh angka itu, demikian menurut firma rangkaian sosial itu hari ini.

“Ini kerana pertumbuhan rancak dalam pasaran telefon pintar di India bersama liputan akses internet yang semakin baik di negara yang mempunyai 1.2 billion penduduk itu,” kata Kevin D’Souza, Ketua Bahagian Pertumbuhan dan Perkongsian Telefon Pintar Facebook di India.
“Hari ini, kami mempunyai lebih 100 juta orang yang mempunyai akses secara aktif di India untuk setiap bulan,” katanya.

Facebook kini mempunyai pengguna mencecah 1.23 bilion di seluruh dunia dengan mempunyai potensi pertumbuhan memberangsangkan di rantau Asia.

UTAMAGAYA HIDUPFacebook catat 100 juta pengguna di India, kedua terbesar selepas AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium