Felda Dapat Pengiktirafan Dunia - pakdin.my

 

Felda Dapat Pengiktirafan Dunia

Di hadapan kira-kira 30 ribu peneroka yang hadir, Perdana Menteri turut menyangkal segala tuduhan pembangkang terhadap Felda.

Menurutnya, Felda tidak seperti yang didakwa kerana selain bukti kejayaan Felda dan peneroka, organisasi itu turut mendapat pengiktirafan dunia.

Menurut Perdana Menteri, antara bukti itu, Felda kini mempunyai simpanan tunai RM10 bilion dan aset bernilai RM20 billion.

Manakala, harga saham syarikat gula Felda, MSM Berhad, yang disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini, melonjak sekali ganda.

Justeru katanya, tohmahan yang dilempar pembangkang terhadap Felda tidak logik.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
Ini semua tunjuk kita ada kemampuan tinggi ada kekayaan dan aset tak bergantung pada kerajaan satu organisasi untuk bantu Felda bukan seperti yang dituduh kita ada duit sendiri.

UTAMAFelda Dapat Pengiktirafan Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium