Apakah Kebaikan GST? Fakta atau Auta?

gst 1 M

Kadang-kadang kita dengar tentang sesuatu benda, kita tanpa berfikir atau berusaha mencari maklumat yang betul. Kita cuma dengar dan percaya kepada apa yang sampai kepada kita. GST adalah satu cukai baru yang akan dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat. Kita telah dengar bahawa pemimpin pembangkang, menghentam kerajaan dengan isu GST dan terpekik terlolong kononnya mereka pentingkan rakyat.

Di bawah sini adalah senarai kebaikkan GST yang patut anda semua baca. Jangan hanya dengar kepada satu pinak sahaja. Dengar kedua-dua pihak dan cuba imbangkannya. Insyallah pembaca semua akan mengerti, apa itu GST. Selamat Membaca!

GST: Manfaat serta-merta

PUTRAJAYA – Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

“Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

“Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

“GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain,” katanya.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.

“Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan,” katanya.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.

“Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.

“Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain,” katanya.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar enam peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

GST tidak sebabkan harga barang naik

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak enam peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak enam peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

“Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar enam peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang,” katanya pada Forum GST anjuran Affin Bank Bhd. di sini, hari ini.

Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.

GST tidak membebankan

SEMPORNA – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar enam peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

“Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

“Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.

Cukai GST sekitar 6%

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar enam peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

“Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

“Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.

Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST: Naik harga kena tindakan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.

Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar enam peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

”Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepada para pengarang media di sini hari ini.

Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

”Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam,” kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecualian diperkenalkan untuk mengurangkan beban rakyat.

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

”Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

”Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya.

Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

IPOH – Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.

”Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar enam peratus.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

”Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST,” ujar Ahmad Husni.

Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kajian komprehensif GST

IPOH – Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.

“Kita telah membuat kajian yang mendalam…matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak terhadap pelaksanaan GST.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar enam peratus.

 Segala mengenai GST/CBP ada disini http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_hdw.aspx

Sebelum kita mempercayai sesuatu berita. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu. Jangan dengar khabar angin dan sokong membabi buta.

35 Replies to “Apakah Kebaikan GST? Fakta atau Auta?

  1. Attention:

    We provides you with the tools to get the finance you need. We can help you turn an adverse situation into a positive outcome. We offer all kinds of financial assistance at a low interest rate of 3% on the amount and period involved. If you desire Quick assistance.

    Your privacy is assured and serious minded applicants will be welcome and you have to contact us via below.

    Kindly contact us now via Email: mustaphamahmoodfinaid@gmail.com

  2. Do you need a quick long or short term loan with a relatively low interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home loan,auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to our numerous clients all over world. With our flexible lending packages, loans can be processed and transferred to the borrower within the shortest time possible, contact our specialist for advice and finance planning. If you need a quick loan contact us at: muslimgroupofcompany@gmail.com

    Please, do provide us with the Following information if interested.
    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………
    Thanks and Best Regards.
    muslimgroupofcompany@gmail.com

  3. GST ni sebenarnya bagus JIKA digunakan dengan betul. sebagai cth. tinggal di batu caves kerja di ampang. jarak batu caves ke ampang sekitar 20km. dan memerlukan 30minit perjalanan. kalau dengan bantuan GST tu boleh membina lebuhraya atau MRT atau apa apa la yang MEMENDEKKAN jarak perjalanan dari 30minit ke 5minit kesannya rakyat akan mempunyai pendapatan lebih guna yang tinggi masa kerja berjaya dipendekkan. expenses 40% berkurang berbanding sebelum GST… tidak perlukan kereta atau motor. sekiranya selepas GST pun isu yang sama jugak. nauzubillah. saya x pasti berapa ramai rakyat malaysia boleh bertahan.

  4. Maaf nak mencelah.. Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin Dan berketurunan Jawa, saya sedih sangat tengok hidup rakyat Malaysia sekarang.. Sampai Mati pun hutang Tak langsai, kiri kanan kene cukai, depan belakang kene sondol jentolak… Senang kata Serba serbi Tak penah senang. Memang Kita nampak orang senang, kaya, rumah besar, taip Sebenarnya Tak menikmati hidup pun…
    Lagikan golongan berpendapatan sederhana, kerja untuk teruskan hidup.. Sambil dalam hati cakap, " aduhh… Hari2 makin teruk, duit pun makin kecik, kene cukai taip hari lagi… Aduh…"..
    Orang yang miskin pendapatan kurang RM50 sehari pulak macam Kai's pagi makan malam…
    APA kejadahnya cakap ekonomi makin baik macam ni? Apa kejadahnya nak buat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi kalau g pasaraya bawak RM50 cuma dapat beras 10kg, 2kg gula, 2 kg tepung, garam, Dan 5 kg minyak je???
    Kalau macam ni, lupakan impian2 murni tu. Sebab kalau nak tengok, Indonesia yang paling dekat dengan Kita, gaji 5juta, 10juta!!!! Wahhhhh! Sangat tinggi gajinya pak oiiii.. Setiap bulan gaji juta2!! Hahahahahaha… Taip??? Fikir2kan lah… Pepatah melayu lama ada mengatakan, "biar pucuk menjulang tinggi, akar Tak kuat pohonnya mati…"
    " jadilah seperti padi, makin tunduk making berisi.."
    "Bila berada di at as, jangan lupa yang dibawah.."

    Apa rasanya jadi pemimpin atau ketua? Best… Sebab? Semua benda boleh arahkan orang buat untuk Kita.. Kita nak panjat ke pasaraya atau pasar basah utk beli barang keperluan hidup? Ahh, buat apa, orang gaji ada kan, stock barang makan pun orang lain hantar ke rumah kan?? Paling2 kalau nak g shopping sendiri pun, ke iSetan je la… Barang berkualiti.. ( tapi harga pttuihhh, mahal. Orang macam dia kata murah la..)..
    Yang Kita yang duit ceciput no, g la tesco, beli la barang yang Dah nak expired sebab dapat harga clearance, beli la ikan yang Dah berbau Dan lembik kat tesco, rendam la dengan air beras Dan air tepung bagai, goreng garing3… Hahhahahaha… Sedih Tak? Sape kene macam ni, confirm menitik air mata. Sapa Tak kene cakap la Kita kedekut, berkira, tak pandai memilih, Dan sebagainya.. Kepala Hotak Korang!!!!
    Orang macam kami ni tiap hari nak kene pikir bajet, nak kalau boleh dengan duit yang sikit, bolehlah beli barang kasi penuh peti a is untuk anak isteri.. Orang atas ada kene macam kami ke???
    Korang paham Tak, nilai RM makin Tak ada value? Paham Tak? Sehari untuk duit makan je Dah nak habis RM30 untuk satu family sederhana. Dah kalau gaji 3000 (kononnya gaji 3k ni Dah keluar Dari taraf miskin la), 1000 untuk makan, rumah Dan kenderaan RM1000 ( amik kira rumah sewa rm500 Dan keta nasional je. Sapot la barang buatan Malaysia?), minyak, anak2, entertainment, Mak ayah kat kampung? What is the value for that 3000 per month?? U all Tak rasa because Y? Expenses korang sehari pun Dah lebih Dari duit gaji orang kebanyakan yang keje separuh mampus selama sebulan..

    Lepas tu, syorkan orang Malaysia berniaga… Hahahahahahahahaha… Yang ni Dah malas Dah nak cakap, pikir atau sambungkan sendiri la benda ni … Nak g pasaraya tesco, biasanya tengahari macam ni, sayur2 semalam dengan ikan2 semalam yang Dah lembik skit, dengan ayam yang Dah kaler pucat dikeluarkan.. Bawak RM15 je. Cukuplah boleh beli lauk utk 2 hari.. Kesian anak mintak ayam tadi. Isteri teringin ikan pulak, biasa ikan bilis goreng bercili jek.. Murah betul barang sekarang no, RM15 boleh dapat ikan, sayur, ayam… Hahaha… Bau ke, Dah rosak ke, Dah Tak fresh ke, Takper… Janji makan Tak mati sudahlah.. Yang sayur2 hijau Dan organik tu, biarla pemimpin yang makan, biar diorang dapat khasiat Dan sentiasa sihat.. Yang ikan2 Segar tu, biarlah pemimpin yang makan, diorang perlu lebih protein untuk memikirkan hala tuju negara dan kebajikan masyarakat.. Yang ayam2 Segar tu, takperlah.. Lagipun kurang2kanlah makan ayam, injek ubat Dan kolesterol pun tinggi..
    Raging fresh… Hemmm, raya haji nanti ada rezeki dapatla sekilo dua.. Sekarang ni beli je la daging kotak sebulan sekilo.. Yang tenderloin semua, biarlah pemimpin Dan atasan sana yang makan, biar diorang bertenaga Dan agresif buat kerja untuk Kita…

    Takpe.. Allah Maha Mengetahui Dan Maha Mendengar….

  5. Saya kurang faham dgn GST ni, tapi tadi saya beli kismi minda, pencuci muka & vicks (vapoRub) telah dikenakan 6% gst. Pendapatan saya kecil, anak2 sedang belajar. Saya terasa sangat. Beli kasut kena gst juga memang membebankan. Ini baru hari saja belim esok lusa & hari hari mendatang. Bayanglan kalau sehari bayar gst aje dah RM10.00 x 30 hari – jumlahnya RM300.00 banyak tu. Gaji sebulan baru RM900.00-RM1500.00. Berapa yg tinggal. Amat menyiksakn & membeban warga spt kami yg miskin ni.

  6. Manfaat serta merta:
    Tiada manfaat/penurunan serta merta yg dinikmati pengguna, yg berlaku ialah kenaikan harga serta merta. Ambil contoh bila harga minyak turun adakah harga brg diturunkan ? Jwpannya TIDAK.

    Gst tidak menyebabkan harga barang naik:
    Secara teori bila sst 10% digantikn dgn gst 6% akn berlaku penurunan harga sebyk 4%. Jika semasa sst kita bayar rm99 (rm90 + 10% sst) bila gst sepatutnya bayar rm95.40 shj (rm90 + 6% gst). Ada ke yg turunkn harga begini ? Jwpannya TIDAK. Yg berlaku ialah kita kena bayar rm104.95 (rm99 + 6% gst).

    Gst tidak membebankan:
    Lebih 95% brg dikenakn gst % kita trpaksa byr dgn harga yg lebih tinggi untuk nilai brg yg sama brmakna perbelanjaan harian kita mnjadi lebih tinggi. Adakah gst tidak membebankan ? Jwpannya TIDAK.

    Cukai Gst sekitar 6%:
    Betul gst hnya 6% berbanding sst 10% tp dr situasi yg berlaku kita sebenarnya bayar cukai brganda sebyk 17.7% ((rm90 +10% sst= rm99) + (rm99 + 6%gst=104.95)). Berlaku pencatutan (penyelewengn pengiraan). Adakah betul kita hnya byr 6% cukai ? Jwpannya TIDAK.

    Naik harga kena tindakan:
    Adakah agensi/kmenterian mampu melaksanakn pemantauan berkesan ? Jwpannya TIDAK.

    Pemimpin pembgkang trpekik trlolong mmbantah Gst:
    Dlm beberapa kes yg melibatkn harga minyak, kenderaan, inflasi & yg trbaru mengenai Gst unjuran mereka spt Rafizi adalah tepat & telus dgn mengambil kira ketidak patuhan & tahap integriti yg dpt dijangkakn. Adakh unjuran mereka tersasar ? Jwpannya TIDAK.

    Kajian komprehensif Gst:
    Sblum gst cukai dikutip sebyk 16 billion. Gst mengunjurkn kutipan sebyk 27 hgga 30 billion. Drp 27 juta rakyat Msia, 16B brsamaan rm590 sethn cukai setiap org. 27B bersamaan dgn rm1000 sethn. Dulu byr rm590 skrg rm1000. Adakh kajian ini mnunjukkn gst dpt mengurangkn beban rakyat ? Jwpannya TIDAK.

Leave a Reply