Hudud: Abdul Hadi Tidak Pasti Masa Depan Pakatan - pakdin.my

hadi-awang-masa-depan-pakatan

Susulan keretakan gabungan pakatan pembangkang dalam isu hudud, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berteka-teki mengenai nasib parti itu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengakui parti itu berhadapan laluan sukar dalam menegakkan undang-undang Islam ketika bersama gabungan pakatan pembangkang, Hadi berkata beliau tidak berupaya menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

“Masa hadapan, saya tidak tahu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Ditanya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan selepas ditentang banyak pihak termasuk rakan sekutu PAS sendiri, Hadi berkata: “Dalam perjuangan tiada yang mudah, Insyallah, ada alternatifnya.”

Tambah beliau lagi, PAS sentiasa terbuka untuk berbincang dengan semua pihak berhubung perkara itu.

“Saya sedia berbincang dengan semua, kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya terbuka untuk berbincang,” katanya.

UTAMAPOLITIKHudud: Abdul Hadi Tidak Pasti Masa Depan Pakatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium