KPF masih berpeluang sertai FGVH - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) masih berpeluang menyertai penyenaraian bersama FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGVH) jika lapan peneroka yang memohon injunksi di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, menarik balik permohonan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kanan), berkata FELDA tidak pernah mengetepikan kepentingan peneroka dan yakin jika KPF dapat menyertainya, warga FELDA secara keseluruhannya akan menikmati faedah berpanjangan.Beliau berkata, ketiadaan KPF dalam penyenaraian itu bukan saja dilihat merugikan peneroka, malah kakitangan FELDA sepatutnya turut mendapat manfaat daripada program itu juga turut terlepas peluang berkenaan.

Ini semua rancangan pembangkang, jika mereka (pembangkang) ingin menjaga kebajikan peneroka sepatutnya menyokong penyenaraian FGVH. – Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Ini semua rancangan pembangkang, jika mereka (pembangkang) ingin menjaga kebajikan peneroka sepatutnya menyokong penyenaraian FGVH. Sebenarnya, pembangkang sedar jika penyenaraian ini berjaya mereka akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itulah perkara ini dipolitikkan pembangkang kerana satu perempat daripada 222 kerusi Parlimen mempunyai FELDA dan jika kerajaan berjaya melonjakkan masyarakat FELDA, pembangkang akan gagal meraih sokongan peneroka.

“Jadi, jika pembangkang sedar penyertaan KPF penting untuk peneroka, mereka harus menasihati lapan peneroka berkenaan yang saya yakin didalangi pembangkang untuk menarik balik permohonan injunksi itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mengumumkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia walaupun tanpa pembabitan KPF dan memberi jaminan akan terus menjaga kepentingan peneroka.
Bagi tujuan berkenaan, FELDA akan mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi menggantikan KPF ekoran perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan, bertarikh 17 Februari lalu yang mengakibatkan Mesyuarat Perwakilan Khas sepatutnya berlangsung kelmarin terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya berharap KPF dapat menguasai 37 peratus kepentingan dalam penyenaraian berkenaan kerana yakin ia mampu memberi pulangan lumayan kepada peneroka dan kakitangan FELDA.

UTAMABERITAKPF masih berpeluang sertai FGVH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium