Video: Laksana Kawalan Sendiri Bagi Pengamal Media Sosial @NajibRazak - pakdin.my

 

Perdana Menteri berkata kerajaan mencadangkan agar pelaksanaan peraturan kawalan sendiri dilaksanakan, bagi memastikan pengamal media sosial bertanggungjawab terhadap maklumat yang disampaikan.

Tambah beliau, di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia, serta rang jaminan MSC Malaysia tiada tapisan terhadap internet dilakukan.

Namun melalui peraturan kawalan sendiri, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik blog atau portal yang didapati menyebarkan fitnah.

Pada majlis ini, Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah kepada 16 pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

SocialMedia

UTAMAVideo: Laksana Kawalan Sendiri Bagi Pengamal Media Sosial @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium