Mahathir Larang Saya Pakai Tudung, Kata Siti Hasmah

Saya tidak mempunyai masalah dengan ini. Kepada saya, itu adalah pilihan peribadi.

Nak pakai tudung atau tidak adalah pilihan masing0masing – tiada kaitan dengan saya.


Siti Hasmah Mohd Ali mahu bertudung, tetapi dilarang Dr Mahathir Mohamad, lapor MalaysiaKini hari ini.

Katanya, beliau mahu berbuat demikian selepas kembali dari Mekah, tetapi Dr Mahathir tidak menyukainya.

“Suami larang saya pakai tudung. Sebelum seseorang pakai tudung, dia perlu minta kebenaran suaminya.

“Saya hendak ambil berkat selepas kembali dari Mekah. Jadi saya pakai tudung tapi dia palingkan mukanya,” katanya seperti dipetik MalaysiaKini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika ditanya mengenai larangan bertudung di hotel yang dijawabnya, beliau bukanlah orang yang tepat untuk ditanya kerana beliau tidak memakai tudung.

Bagaimanapun, Dr Siti Hasmah berkata persoalah sama ada seseorang itu perlu memakai tudung bergantung jika orang tersebut mahu bekerja dalam industri hotel yang mempunyai peraturan dan syarat mereka sendiri.

Kemelut larangan bertudung untuk kakitangan hotel wanita beragama Islam tercetus apabila Union Network International-Malaysia Labour Center (Uni-MLC) mendedahkan aduan pekerja hotel wanita beragama Islam yang mengatakan mereka tidak dibenarkan bertudung di tempat kerja.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah mempertahankan larangan itu menyifatkannya sebagai dasar rangkaian hotel antarabangsa yang sudah lama diguna pakai.

Isu itu terus mendapat perhatian ramai, termasuklah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz yang menyelar amalan diskriminasi industri perhotelan itu.

16 Replies to “Mahathir Larang Saya Pakai Tudung, Kata Siti Hasmah

  1. An-Nisā’:1 – Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Leave a Reply