Najib saman Tony Pua kerana fitnah - pakdin.my

wpid-1mdb.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP, Tony Pua berhubung kenyataannya dalam ucapan yang dirakam pada 3 November lalu berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya akan menyerahkan dokumen itu kepada firma guaman yang mewakili Tony pada pukul 3 petang ini di Jalan Setiapuspa, Damansara Heights di sini.

Najib selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutan menyatakan, Tony yang dinamakan sebagai pihak defendan merupakan salah seorang penceramah utama dalam satu majlis makan malam kutipan dana DAP, DAP Petaling Jaya Fund-Raising Dinner-New Chapter, New Hope.

Perdana Menteri menyatakan, dalam majlis tersebut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu telah memfitnahnya antaranya dengan menggambarkan pihak plaintif telah ‘merompak’ duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

 

UTAMAEDITORIAL1MDBNajib saman Tony Pua kerana fitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium