Pembangkang boleh, orang lain tidak - pakdin.my

macai-anwar-sayu-dengar-keputusan-liwat

Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan.

Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.

Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.

Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.

“Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan.

“Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat.

“Anwar Ibrahim adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.

Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.

Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.

Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.

Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.

Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.

Polis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.

Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.

“Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.

Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.

Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.

Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka.

Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan.

 
 

UTAMAPOLITIKPembangkang boleh, orang lain tidak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium