Persatuan Persahabatan Kepelbagaian Budaya Cheng Ho Bakal Ditubuhkan - pakdin.my

Persatuan Persahabatan Kepelbagaian Budaya Cheng Ho akan ditubuhkan, bagi memperingati sumbangan Laksamana Cheng Ho dalam hubungan China-Malaysia.

Cadangan itu dipersetujui Presiden China, Xi Jinping dan dimaklumkan kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam satu pertemuan di ibu negara, pagi tadi.

Dalam pertemuan kira-kira sejam ini, tun dr mahathir berkata, Malaysia turut mempelawa china untuk melabur di dua bandar yang bakal dibina di sempadan Malaysia-Thailand.

Ia membabitkan bandar getah dan bandar komponen automotif.

Malaysia, katanya, juga berharap menerima lebih banyak pelaburan dari China, kerana ketika ini Malaysia lebih banyak melabur di negara tembok besar berbanding pelaburan yang masuk dari China.

Kedua-dua pihak juga berkongsi pandangan yang sama agar sebarang perselisihan harus diselesaikan menerusi meja rundingan.

 

UTAMAPOLITIKPersatuan Persahabatan Kepelbagaian Budaya Cheng Ho Bakal Ditubuhkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium