29 GRO Asing Ditahan Dalam Serbuan Di Puchong Dan Petaling Jaya, Selangor - pakdin.my

29-gro-asing-ditahan-di-selangor

29 wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di Selangor lewat malam tadi.

Kesemua wanita itu yang berpakaian seksi dijadikan umpan oleh pemiliknya untuk menarik perhatian pelanggan.

Serbuan dilakukan serentak jam 11.30 malam tadi oleh polis dari Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, D7, Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor dengan dibantu ibu pejabat polis daerah masing-masing.

Lokasi serbuan di Petaling Jaya dan Puchong.

Dalam serbuan di pusat hiburan ini, seramai 17 GRO dari beberapa buah negara berjaya ditahan.

Ketika serbuan, GRO ini sedang leka melayan pelanggan.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka menggunakan pas lawatan sosial manakala seorang lagi dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Kesemua GRO yang berusia antara 20 hingga 35 tahun dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Manakala serbuan di Puchong pula, seramai 12 GRO warga Vietnam diberkas.

Hasil pemantauan dan risikan mendapati GRO terbabit turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran 150 ringgit.

 

UTAMAPOLITIK29 GRO Asing Ditahan Dalam Serbuan Di Puchong Dan Petaling Jaya, Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium